Oleh NUR FARISHA FAIZ
utusanmelaka@utusan.com.my
kereta Kancil yang diubah suai menggunakan enjin turbo, mempunyai enam roda dan diberi nama Ganazz.
--------------------------------------------------
MELAKA 15 April – Tiada siapa menduga, kegilaannya terhadap kerja mengubah suai kereta akhirnya menemukan jodohnya dengan wanita idaman yang kini menjadi isterinya.
Bagi Muhamad Ridzuan Dol Hadi, 30, tidak menyangka isterinya, Siti Aisyah Mahmood, 30, turut meminati hobi yang sama yang akhirnya menyatukan mereka ke gerbang perkahwinan.
‘‘Saya pada mulanya kurang berminat untuk terlibat dengan kerja mengubah suai kereta ini kerana lebih meminati kereta yang telah diubah suai.
‘‘Namun perasaan ini berubah setelah melihat ketekunan suami yang begitu asyik dengan kerjanya mengubah suai kereta malah ketika ini, saya juga sudah terikut-ikut menemaninya ke mana-mana pertandingan ubah suai kereta,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ketika ditemui di kedai ubah suai kereta milik pasangan itu di Taman Cheng Bestari, di sini, kata Siti Aisyah, sehingga hari ini, mereka masih berkongsi minat yang sama malah dia juga terlibat dengan kerja mengubah suai enjin dan badan kereta kompak seperti Kancil, Kelisa dan Myvi untuk dijadikan kereta ekstrem.
Bagi pasangan itu, mereka berasa bangga kerana sebahagian besar kereta yang diubah suai berjaya mengukir nama dalam pelbagai pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa terutama di Singapura.
Menceritakan lebih lanjut mengenai penglibatan awalnya dalam kegiatan mengubah suai kereta itu, Muhamad Ridzuan berkata, dia mula melibatkan diri dalam pertandingan autoshow atau ubah suai kereta ini ialah sekitar tahun 2000.
Katanya, kereta pertama yang berjaya diubah suai olehnya sendiri adalah kereta Kancil yang dibeli pada tahun 1999 namun setelah kereta tersebut terlibat dalam kemalangan, dia membeli sebuah lagi kereta Kancil pada tahun 2002.
Ujarnya, kereta tersebut membawa tuah kepada dirinya sehingga berjaya menggondol pelbagai anugerah utama seperti Raja Jalan 2004 dan Car of the Year 2005.
Lebih mengujakan buat Muhamad Ridzuan, kereta Kancil itu juga diiktiraf sebagai kereta ekstrem terbaik oleh Big Daddy dan Kustomizer iaitu pakar dalam bidang pengubahsuaian kereta di California malah mempunyai siri televisyen mengenai pengubahsuaian kereta di Discovery Channel.
Menurutnya, kereta itu diberi nama Ganazz dan telah diubah suai dari segi enjin iaitu menggunakan enjin turbo manakala rodanya telah ditambah dua biji menjadikannya kepada enam biji keseluruhannya.
‘‘Saya juga telah mengubah bahagian dalam kereta tersebut dan memasang cermin gelap dan menggunakan monitor untuk melihat ke luar.
‘‘Jika dilihat pada model kereta ini, ia kelihatan seperti kereta yang digunakan dalam cerita animasi Batman kerana bentuk belakang kereta ini kelihatan seperti kipas,’’ katanya.
Menurutnya, dia sudah membelanjakan sebanyak RM250,000 untuk Ganazz dan dia sendiri dikenali sebagai The King dan Big Daddy Malaysia di kalangan peminat ubah suai kenderaan di negara ini.
Katanya, Ganazz juga pernah memenangi anugerah utama pada pertandingan anjuran sebuah majalah kereta namun malangnya sehingga kini, hadiah yang dijanjikan iaitu sebuah kereta Suzuki Swift dan wang tunai masih belum diperoleh.
Muhamad Ridzuan berkata, oleh kerana, namanya sudah dikenali di kalangan peserta pertandingan autoshow, dia tidak dibenarkan menyertai pertandingan yang sama bagi memberi peluang kepada peserta lain mencuba bakat mereka.
‘‘Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba pertandingan yang sama luar negara seperti di Singapura,” katanya.
Disebabkan faktor tersebut, dia mengambil inisiatif lain untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan di Malaysia dengan mengubah suai kereta kancil milik Siti Aisyah.
Katanya, dia telah menghantar kereta isterinya itu ke bengkel LA Motorsport di Senai, Johor kerana bengkel tersebut mampu mengubah suai badan kereta melalui proses airbrush.
Kereta berwarna merah jambu ini dilukis menggunakan airbrush dengan wajah pelakon Devon Ayuki yang memegang watak sebagai Suki dalam cerita 2 Fast 2 Furious.
‘‘Kereta ini diubah suai mengikut cerita 2 Fast 2 Furious dimana watak Suki membawa kereta lumba berwarna merah jambu dan ia diaplikasikan terhadap kereta Kancil milik Aisyah menggunakan wajah Suki sebagai tema,” katanya.
Menurut Muhamad Ridzuan, kereta ganazz dan Suki diletakkan di sana memandangkan Johor Bahru selalu menganjurkan pameran dan pertandingan autoshow dan ia juga berdekatan dengan Singapura.
Bagi mereka yang berminat untuk mengubah suai kereta dan memerlukan khidmat nasihat, boleh menghubungi Muhamad Ridzuan di talian 012-2223022 atau mengunjungi bengkel kereta No1stickers.com miliknya yang terletak di Taman Cheng Bestari, Melaka.
Sumber berita & gambar : utusan online 16/04/09 (www.utusan.com.my)
IZZI ADVERTIZING----------------------------------
JEJANTAS UDARA MENARA BERKEMBAR PETRONAS (Skybridge KLCC)
-
Semalam (19/02/2017) saya berkesempatan membawa anak sulong saya, Luqman
Hakim ke Jejantas Udara KLCC (Skybridge Petronas Twin Tower). Ia adalah
kejutan ke...
7 years ago
2 comments:
Assalamualaikum.Terimakasih kerana mengikut laman saya.Tentang ntry ini: suami isteri ni pasti sehati sejiwa dalam memodified kereta, silap haribulan dua dua automotive eng.
mudah2an...kami bercita2 membuka workshop seperti didalam chanel astro discovery turbo tidak lama lagi
Post a Comment