Dihari cuti2 begini kekadang tu timbul gak gian nak memancing. biasalah kawasan aku di port klang ni memang kawasan org memancing. nak2 pulak area kawasan rumah aku tu adalah on the way gi memancing kat pelabuhan, ramai le orang jual pun-pun (umpun-umpun)sebagai umpan mengail.
dah lama gak aku berhenti memancing, mula2 malas nak start takut payah berenti. sekarang dalam keadaan wife berbadan 2, rasa malas start dululah. kawan2 dah ramai yg bising ajak. akupun bukan pro, takat amatur. baling pancingpun tak berapa betul lagi. takat hobi. tu lah pasal kalau nak mancing aku pegi mancing jauh2 sikit seperti kat pulau ketam.
rindu aku kat pulau ketam. dah banyak kali aku mancing kat situ. atas kawsan perternakan ikan sangkar. bukan dlm sangkar ye. mancingla dalam sangkar kalau nak kena humban dalam laut!
sebab aku tak leh berjauhan dengan anak2, biasanya kalau gi mancing pulau ketam, aku akan balik hari yg sama. awal2 lagi kami dah bersiap, dan naik bot (feri) pulau ketam paling awal. ni rupanya dalam feri pulau ketam.
perjalanan biasanya dalam satu jam lah paling lewat. tambang aku dah lupa sebab utk memancing bisanya kami collect rm50 sorang sebagai duit umpan, tambang feri, pekej memancing atas pelantar dan duit makan/minum. sebelum pegi kami dah book pakej awal2, dan biasanya mesti 4 orang pegi.
sampai jeti pulau ketam, wakil pelantar ikan akan jemput kami dengan bot. seronok dapat tengok paya2 bakau sambil burung mengikut bot. tenangnya dalam hati.
sampai di pelantar, kami daftar nama, buat bayaran dan diberi perlindungan insurans. nak buat apa lagi? bukalah gagjet2 memancing, tengok air utk pasang batu ladung. dan pilihlah port yg sesuai. kat sini biasanya orang taklah terlalu ramai. untuk orang yg amatur macam aku oklah. kalau ramai orang malu pulak kalau balik pancing tak pegi, atau joran tersangkut kat hidung orang kat tepi2. amaturlah katakan!
ikan apa ada kat sini? macam2 ada. ada kerapu, siakap, pari dan lain2. yg paling banya ialah gelama pisang. itulah yg selalu aku dapat. ha.3x. kerja aku agak stress, so inilah cara aku release tension.
umpan? umpun-umpun biasa kami beli rm5.00 je, pastu pakai kerang separuh masak. anak2 ikan ada gak pakai, tapi kami mintak je ngan wak yg cuci sangkar ikan tu. udangpun pakai gak, selalu inilah yg paling banyak mengena.
dalam jam 5pm kami pun baliklah. bot pelantar hantar ke jeti pulau ketam. then naik feri ke pelabuhan klang.
IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------
Gurauan atau Gangguan Seksual?
-
Gurauan atau Gangguan Seksual?
Pagi ini saya terpandang gelagat beberapa pekerja asing warga Myanmar bukan
syarikat saya yang berjalan beriringan hendak ke ...
7 years ago
3 comments:
nampak menarik...macam mana nak ke sana? sapa saya nak hubungi utk pergi ke tempat tu?
hi,..sya ni pun kaki pancing gak.kira area2 klang ni sya da round da tapi tak ada yang tempat yang paling best dan banyak ikan.ada pun ikan duri,gelama je.kt pulau ketam pun aku da pergi tapi,tk ada ikan pun.dan yang terbaru ni pada 2/04/2010.aku ajak kwn gi mancing kat pulau ketam.tapi yang ni bukan pulau ketam.kat bot yang besar tu yang tak belayar dah berminggu minggu so tekong hantarkan kite mai situ atas kapal besar.kiteorang bertolak dalam jam 6pm.start mancing jam
7;30pm.sya pyn tinggal dekat2 je kat klang ni je.sewa bot Rm40.sewa naik kapal besar tu rm10 je.so campur2 ade la rm50.tapi pancing kat situ memang best dan tak membosankan.tempat yang selesa.ruang yang besar.tak ada menyangkut pula tu..kite orang dapat ikan pun boleh tahan gak.ikan gelama pisang memang besar2 kat situ.kiteorang dapat iakn yu cicak.haha..dan yang paling besar aku dapat sembilang.ade la dalam 2kg beratnya.kalau nak gi memancing kat c tu kene ada orang yang tahu la tempat bot2 yang nak naik p kapal besar tu.bot yang nak hantar tu 24jam ada.so tak paya risau.kat c tu selalu orang dapat ikan besar gak.biasanya senangin la dalam 5kg macam tu.tapi kena bawa umpan banyak2 sebap orang kat bot tu kuat minta umpan.hahahaha..kiteorang p hari tu beli umpan kat tesco je dalam rm11.tapi yang paling bagus umapn udang pasar.bukan pasar seperti tesco ke giant ke.tu la maslahnya pasar kat c ni tk ada kecuali tesco dan giant je.ok la ni je la cerita yang dapat aku kongsikan kepada para pengemar/kaki2 pancing seluruh malaysian.kalau tak tahu nak gi mancing kat tempat yang aku cakap tu.hubungi saya di talian 013 - 6080 910.panggil je { sten } masa terlapang sabtu ahad.
tiap2 malam sabtu kiteorang mesti p mancing.
sms or call!..thanks..{belia kaki pancing}
Post a Comment