Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Thursday, October 28, 2010

Fiesta Buku Alaf 21 (29-31/10/2010)



Sumber Info : www.Facebook.com/alaf21

Tuesday, March 9, 2010

Thursday, December 31, 2009

Kucing : Kesayangan atau Kesusahan?

dah agak bersarang blog hobi aku ni. bukan tak buat menda2 hobi yg aku suka seperti mengumpul coins, wang kertas, setem dan sebagainya, tapi tau-tau anak ramai ni. balik kerja nak capai notebook je, anak2 dah mula join sekaki dan ajak lawan games. hobi dengan anak, anak2 lagi penting.

dalam mengurus hobi sendiri, anak2 pun nak hobi mereka juga. anak pompuan aku pika nak bela kucing. akupun suka jugak kucing ni tapi agak malas nak membelanya. bau dan penjagaannya pada aku amat leceh. kosnya jugak bukan sedikit kalau sakit, kalah kos rawatan kita ke klinik. anak lelaki aku oklah sebab dia suka ikan, dan dirumah dah ada akuarium ikan. pada aku ikan lebih senang menjaganya. airnyapun bukan kena salin hari2.

apa2pun stigma aku pada kucing, kadangkala rengekan anak perempuan tu yg buat aku lemah. sesekali tu ada jugak la usha2 harga kucing kat pets shop, mahal oi.. anak kecik cinonet je dah mau rm400 ke rm600 seekor. aku dah bedek2 dengan kawan yg bela kucing kalau2 dia nak bagi, macam nak dapat nanti sebab kucing siam dia tengah bunting tu. untuk mengatasi kekeurangan ilmu tentang kucing ni aku terjumpa buku mengenai kucing ni, belum khatam lagi. biarkan wife baca je la nanti sebab dia yg menyokong hobi anak2 tu.



IZZI ADVERTIZING--------------------

Sunday, December 13, 2009

The Most Beautiful Currency Note

Untuk lihat koleksi bank notes yang cantik2 dan unik keluaran pelbagai negara, sila klik link dibawah.

The Most Beautiful Currency Note
The Most Beautiful Currency Note 14 images... Sao Tome & Principe (Dobras)



Faroe Islands (Kronurs) Iceland (Kronurs) Hong Kong...

Monday, November 23, 2009

Bidaan setem di Iraq menguntungkan

Oleh Sammy Ketz



Dikenali sebagai pakar simen di Iraq, Anis Amjad menjalankan tugasnya sepanjang hari di kilang. Tetapi tiada apa yang boleh menghalangnya daripada mengadakan aktiviti bidaan setem di kota lama Baghdad pada setiap hari Sabtu.

Pada hari tersebut, jurutera kimia berusia 56 tahun itu membuka kot putihnya dan mengangkat tukul kayu. Bidaan tersebut berlangsung di sebuah bangunan Uthmaniah lama yang dibina pada 1908. Sembilan tahun lalu, bangunan itu telah dijadikan pejabat pos British yang pertama. Kotak surat berwarna merah masih menghiasi sebahagian kecil ruangnya.

"Saya merupakan ketua jabatan pemeriksaan di Kementerian Industri dan bertanggungjawab mengawasi kerja-kerja melibatkan simen di Iraq. Saya sering menolak tugasan di luar negara supaya tidak terlepas acara ini," katanya yang masih bujang dan telah menjalankan bidaan tersebut sejak 12 tahun lalu.

Minat terhadap setem pantas menjalar dalam kalangan ahli Persatuan Filatelik dan Numismatik Iraq yang ditubuhkan pada 1951. Persatuan itu baru mengadakan pertemuan semula baru-baru ini selepas 'tergendala' selama tiga tahun ekoran pertembungan antara puak Syiah dan Sunnah, selain kehadiran Al-Qaeda.

Persatuan yang berkait rapat dengan aktiviti mengumpul dan mengkaji setem itu mempunyai seramai lebih 2,000 orang ahli rasmi. Namun hanya sekitar 80 orang ahli yang aktif menjual dan membeli setem.

Harga setem meningkat mendadak terutama yang memaparkan gambar pemimpin diktator Saddam Hussein yang dijatuhkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.

"Sebelum tahun 2003, negara ini hanya tertumpu kepada isu dalaman dan terputus hubungan dengan pasaran antarabangsa. Tetapi kini perniagaan telah menjadi semakin baik. Kami mendapat permintaan yang tinggi daripada pengumpul setem AS dan British. Mereka mahukan setem yang mempunyai gambar Saddam di atasnya," kata Kamal Kamel, 46, yang menguruskan sebuah gerai di daerah Bab al-Muazzam, lokasi di mana pertemuan itu berlangsung.

"Tidak seperti kami, pengumpul-pengumpul itu tidak pernah puas dengan setem Saddam. Mereka tidak boleh mendapatkannya kerana sekatan ekonomi," tambahnya sambil merujuk kepada sekatan perdagangan dengan Iraq yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selepas Saddam menceroboh Kuwait pada tahun 1990.

"Sekeping setem dengan gambar Saddam Hussein yang dahulunya bernilai 200 dinar (RM0.60) kini boleh dijual pada harga 5,000 dinar (AS$4.3 atau RM15). Pendapatan bulanan saya telah berubah daripada AS$200 (RM680) kepada AS$1,500 (RM5,000). Harganya benar-benar sudah naik," katanya.

Tambah Kamel, hanya orang Iraq yang datang kedainya. Tetapi orang tengahnya mempunyai akses ke Zon Hijau (Green Zone) yang menjual setem-setem tersebut kepada askar-askar Amerika dan pegawai diplomatik.

Duduk di sekeliling sebuah meja panjang, kira-kira 30 orang pengedar dan pengumpul memeriksa setem, duit kertas serta syiling yang menjadi antara barangan yang ditawarkan pada hari tersebut.

Suasana dimeriahkan dengan suara pembida mengendalikan bidaan. Namun, semua harga bidaan yang dibuat adalah lebih rendah berbanding harga dalam katalog.

Dinding pula digantung dengan salinan surat daripada Persatuan Filatelik British bertarikh 1917, selain setem dari Iraq dan beberapa negara Arab lain.

Semenjak setem pertama Iraq dikeluarkan pada tahun 1917, perkhidmatan pos telah mengeluarkan sebanyak 1,824 siri setem termasuk 24 siri selepas zaman kejatuhan Saddam.

Garo Manaskan, 51, merupakan rakyat Iraq yang berasal dari Armenia dan menguruskan sebuah restoran terkenal di Baghdad. Dia menjual beberapa item daripada tiga juta koleksi yang dimilikinya.

"Saya mula mengumpul setem pada usia enam tahun. Itulah minat dan jiwa saya. Apabila ia tidak lagi boleh memuaskan hati, saya akan menjualnya dan membeli setem yang baru. Memandangkan saya belum berkahwin, saya akan memberikan semua koleksi saya kepada gereja Armenia," katanya.

Di sebelah Garo ialah peminat duit syiling, Haqqi Abdel Karim, 45. Ini kali pertama dia hadir ke majlis bidaan tersebut selepas tiga tahun melarikan diri ke Syria bagi mengelak daripada menjadi mangsa keganasan.

"Hari ini keadaan semakin baik. Saya sudah berfikir untuk kembali. Tetapi, persatuan harus berpindah ke tempat lain kerana daerah ini tidak selamat," kata Karim.

Ahli-ahli persatuan datang dari pelbagai latar belakang agama, kepercayaan dan etnik. Tetapi, pihak atasan persatuan menghalang pemilihan jawankuasa sejak enam tahun lalu.

"Dua pertiga yang ada di sini mengaut keuntungan dengan sekadar mengambil bahagian. Malah, ada yang mengetuai kumpulan aktiviti mencuri di pejabat-pejabat pos sewaktu awal serangan tentera Amerika.

"Apabila anda menuduh mereka, ada yang mengambil tindakan mendiamkan diri. Ada pula yang berjanji untuk memulangkannya, tanpa berniat untuk berbuat demikian.

"Mereka juga akan cuba yakinkan anda bahawa kesemua setem itu adalah lebih baik berada pada mereka daripada tangan pengumpul yang tidak mengetahui mengenai filateli," kata salah seorang ahli filateli yang aktif, Mohammed Dhia.

Dhia merujuk kepada sebuah pejabat pos yang terletak di al-Koshla, di Seraglio Street dalam kawasan kejiranan al-Muazzam di mana sebuah muzium setem berdiri di sana sebelum tahun 2003. Semua koleksi muzium tersebut telah habis dicuri dan dijual kepada pengumpul setem itu.


Sumber : Kosmo Online 24/11/09 (www.kosmo.com.my)

Thursday, October 29, 2009

Hidupkan budaya kumpul poskad – Sultan Selangor


Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima buku Perak 300 Early Postcards daripada Raja Nazrin Shah sambil diperhatikan Sultan Azlan Shah di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.
-----------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Budaya mengumpul barangan lama seperti poskad atau setem yang semakin dilupakan oleh generasi muda perlu dihidupkan semula kerana ia mampu memantapkan jati diri dan semangat cintakan negara.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, hobi tersebut amat unik dan menarik kerana pengumpulnya secara tidak langsung menjadi pencatat sejarah kepada budaya, sosial, tamadun sesebuah bangsa.

Titah baginda, walaupun generasi muda pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai teknologi canggih terutama khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel hingga mengurangkan kepentingan mengirim surat atau poskad tetapi amalan tersebut tidak boleh dibiarkan terus lenyap.

“Budaya mengumpul poskad atau setem perlu dihidupkan semula kerana ia mempunyai signifikan sejarah kepada sesebuah negara, budaya dan bangsa serta peristiwa penting yang berlaku.

“Walaupun dalam poskad dan setem hanya memaparkan gambar sahaja tetapi percayalah sekeping gambar mampu memberi beribu-ribu pengertian dan tafsiran,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa melancarkan buku Perak 300 Early Postcards hasil karangan dan koleksi Prof. Cheah Jin Seng, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Hadir sama Sultan Azlan; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Buku itu memuatkan 300 keping poskad koleksi Jin Seng berkaitan dengan sejarah berkaitan Perak antaranya sekeping poskad yang memaparkan gambar Raja-Raja Melayu menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama atau dikenali dengan Mesyuarat Durbar pada 13 Julai 1897 di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak.

Sultan Sharafuddin yang turut mempunyai minat mengumpul barangan lama berkongsi pengalamannya membeli dan menghantar poskad di setiap pelabuhan persinggahan semasa belayar selama dua tahun mengelilingi dunia pada 1995.

“Seingat beta, beta telah mengirim sebanyak 200 keping poskad kepada anakanda (Tengku Amir) sepanjang pelayaran itu dan tidak mustahil satu hari nanti anakanda beta akan menjemput Raja Nazrin melancarkan buku bertajuk 200 boring postcards by my dad,” titah baginda sambil berseloroh.


Sumber Berita & Gambar : Utusan Online 30/10/2009

Friday, September 25, 2009

Tentang Coins (Syiling)

bulan puasa lepas sekali je aku beli coins (syiling) online. tak de banyak masa nak meneliti dan recall balik coins yang dah aku ada atau belum. cuma sekarang aku terdetik nak stori pasal coins ni sebab ada tinggalan beberapa komen dlm peti mesej blog ni tentang tawaran jualan coins. antara komen tinggalan yang aku nak ulas :-

ajzie : saya ada syiling nazi utk dijual? berminat boleh email saya
2009-09-03 8:42 AM #

mad : 0195942248 2009-08-24 2:48 PM #

mad : kontek aku bro 2009-08-24 2:48 PM #

mad : aku ada syiling lama,syiling yassin wali dan yassin 7.serta syiling cina gambar naga 2009-08-24 2:48 PM #

urgent : nk tny, cane nk cri org yg minat nk beli duit syiling RM1 yg lama? besar die 2 kali ganda syiling 20sen 2009-08-21 12:41 PM #


pada secara jujur bukanlah pandai sangat bab2 duit syiling ni. yang pandai cuma suka memandai2 mandai je. kuang3x...

sejak aku kumpul syiling sampai sekarang aku rasa sangat2 jarang aku jual balik syiling tu kecuali ada ada extra dan harga yang ditawarkan berbaloi. aku suka kumpul dan kumpul je. kalau orang tanya aku value collection coins aku tu, aku cuma cakap 'entahlah!'. bukan merendah diri, tapi sebab aku sendiripun tak tau nilai semasa dia. masa rajin jalan2 pergi pasar karat atau ke amcorp mall, aku akan usha2 harga yang setara dengan collection aku tu, tapi takat tengok je, tak terfikir nak jual. aku kumpul sebab hobi mengumpul, bukan aku nak carik untung. yang aku jual tu sebab ada extra collection je.

kepada kawan2 yang tinggalkan komen diatas tu, aku cuma nak bagitau bahawa untuk menjual sesuatu coins, anda harus tau apa yang anda jual. maksud aku details coins tu. kalau korang ada maklumat lanjut tentang coins tu, korang buleh jual mahal sikit. aku pernah beli coins tulisan jawi lama dari seorang peniaga cina. since aku banyak soal dan dia tak boleh jawab, dia jual aku dengan harga yang sangat2 murah. dah coins tu bila aku check, ada 'harga' yang baik.

bagi yg meniaga di internet sama ada melalui email, blog dan lelongan, kena jujur beritahu tantang keaslian coin korang tu. secara jujur aku agar sukar mempercayai ketulenan wang yasin 3, 5, 7 dan 9. syiling yasin yang aku jumpa di pasaran dalam bentuk coins leper lusuh dengan orang tua bertongkat dan bercawat tu aku tak yakin asli. ia lebih kepada replika. sejenis syiling yasin lagi ialah dalam bentuk syiling yang cantik seperti syiling sekarang. even aku memang tak yakin ia tulen, aku sekadar membelinya untuk simpanan sahaja, itupun aku dah belasah dengan harga yang cukup2 murah. tunjukkan ia asli dan jika aku mampu, aku akan membayarnya.

syiling RM1 lama biasanya dikeluarkan dizaman ibubapa kita dulu masih kurang bernilai. harga pasaran yang biasa aku lihat cuma sekitar rm5-rm20 sahaja. kecualilah ia dalam keadaan 'uncirculated' atau memang 'rare'. tapi kalau kamu maksudkan duit syiling RM1 gold yang bank negara dah gantikan dengan RM 1 kertas tu, memang la lagi tiada nilai. kalau kamu dapat jual dengan harga rm 2 sekeping, itupun sudah cukup baik.

syiling nazi? macam best je. nanti aku email kamu.

kepada yang nak menceburi pengumpulan koleksi syiling ni, aku cadangkan korang beli aja dari penjual jalanan. dari situ korang boleh tengok, boleh pegang dan yang penting boleh tawar menawar. kat internet ni macam2 scam ada. gambar boleh diubah, dan ada kalanya yang dipesan dan yang diterima adalah berlainan. harga perbandingan juga sangat besar, aku cukup tak berkenan bila lihat sesetengah orang sengaja meletakkan suatu harga yang cukup2 tinggi untuk menda yang sangat biasa. aku faham, di internet adalah pasaran yang besar dan kadang-kala ada orang yang sanggup membelinya dengan harga tinggi. tapi langkah tersebut sebenarnya telah merosakkan market penjual dan pembeli yang betul2 genuine.