Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, May 29, 2013

Penangan Tahi Arnab

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

ramai org kata, berhobi bermaksud menghabiskan duit dengan sia2.

tak betul tu!

memang berhobi memerlukan kita guna duit, tapi ia bukan sia2 dan merugikan. banyak hobi yang sebenarnya mendatangkan pulangan dalam jangka panjang. contohnya hobi kumpul duit. duit sekarang macam tak bernilai sangat,tapi dari tahun ke tahun harganya akan meningkat.

sama juga dengan bela arnab. arnab kecik2, dlm umurnya 2 bulan, harganya antara RM20-100 seekor bergantung kepada baka dan jantina. tapi bagi yang pandai memanafaatkan hobi bela arnab ni, arnab itu akan bawa pulangan dari segi jualan anak, daging dan produk hiliran seperti sate, daging burger dan sebagainya.

pada aku, aku cuma bela arnab sebagai penghilang stress dan sebelum ini bermula dengan mengajak anak berpuasa. dari sepasang, jadi berpasang2. pun begitu aku masih belum mahir, masih belajar dengan otai2. ada jugak yang mati, dan ada jugak aku sedekah kat orang.

ini antara gambar2 arnab aku.







sebenarnya aku nak cerita pasal tahi arnab je. so, dengan bela arnab aku sebenarnya dapat baja percuma untuk menyihatkan tanaman dan bunga di rumah aku. salah satu tanaman yg menjadi betul bila diletakkan tahi arnab ialah pokok cili kecil. korang tengoklah betapa dia punya panjang cilinya. benih yang sama aku tanam sebelumnya..... alahai keciknya.



so, marilah bela arnab dan bercucuk tanam. wife aku mula2 guna tahi arnab untuk berkebun sayur dia kata geli nak makan. aku brainwash otak dia kata sayur yang kita beli dipasar tu dari china, india dan serata dunia. belum tentu ia bersih, mungkin diorang guna tahi manusia. tu yang segar bugar tu. he.he....

Tuesday, March 12, 2013

Kumpul Model Kapal Terbang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

lama dah aku tak update pasal hobi. hobi aku ape? ha.ha..... dah bersarang blog ni so ramai dah lupakan. ye lah, tuan blog lupa nak update bertahun, kawan2 lagi la lupa.

hobi aku :
1) membaca - novel, komik, majalah (bukan majalah artis ok)
2) kumpul syiling pelbagai negara
3) membela binatang
4) menulis blog (merapu sebenarnya)
5) terbaru..... mengumpul model kapal terbang.

sebenarnya aku tak berani nak minat hobi kumpul model kapal terbang ni sebab aku bayangkan modalnya mesti besar dan mahal. aku kan mana la ada duit. so, melewati kedai jual model ni aku buat2 tak nampak je. suatu hari anak aku ajak masuk dan...... aku telah jatuh cinta.

rupanya model2 ni tak mahal pun. ia semurah RM12 satu model hingga RM150. tengok besar kecik dan jenis model kapal terbang la.

so far aku dah beli banyak biji. ada yang aku simpan di rumah dan ada aku simpan di pejabat. di pejabat sebab aku letakkan atas mesin berputar, ia menarik hati orang yg datang interview, rakan sekerja dan boss aku. jangan kata nak ambik, nak sentuh pun aku tak kasi. boss pun tak boleh sentuh!

ini antara model yang baru aku beli 2-3 hari lepas. setiap minggu aku beli 2 biji utk koleksi. ala... murah la katakan.

 gambar : Air Asia QPR

gambar : malaysia airlines


oklah. cukup dulu kali ni.

adiosss


Friday, June 15, 2012

Arnab Teddy Bear mati

sedih aku hari ni. tadi balik untuk solat jumaat, aku biasanya akan singgah rumah dulu. mandi dan salin pakaian. ala biasalah tempat kerja dekat area rumah. tergerak hati nak tengok arnab, dan halamak! teddy bear aku mati la. abis spoil mood aku hari ni. even sedih, solat jumaat kena pergi la. balik solat, ajakan wife untuk makan nasi aku tolak. nak kebumikan arnab aku dulu. tiada penyakit, cuma aku silap percaturan dalam usaha mengahwinkan arnab2 aku tu. aku saje2 nk kawinkan teddy bear dgn anggora betina. rupanya anggora tu garang sangat. abis digigitnya teddy bear tu. hemm.... dah aruah. so, semadikan je lah. dah la aku ada sekor je teddy bear. yg lain2 ada pasangan cam lop, anggora, new zealand white. takpe, ada 8 ekor lagi arnab. kalau nk aku beli lagi teddy bear sepasang.

Wednesday, January 4, 2012

Arnab Oh Arnab

diam tak diam dah banyak bulan dah aku bela arnab sebagai hobi. dari dua ekor, sekarang dan berpuluh ekor. baka macam2, tapi yang murah2 je la. aku suka beli dari kecik sebab mereka comel sangat. anak2 pun suka.

sekarang, rata2 umur dah lebih 6 bulan. memang dah masa mereka dikahwinkan. cuma masalahnya ialah bukan semua aku beli dari baka yang sama. macam arnab lop, aku ada 3 ekor, iaitu sekor jantan dan 2 betina. bolehlah nak kahwinkan sesama baka. tapi yang lain cam lion head, anggora dan sebagainya?? kena kahwin campur la jawabnya.....

option may be aku nak jumpa breeder yg aku biasa tu, dia dah offer nak tolong bagi pinjam partner untuk dikahwinkan. ye lah, hampir semua arnab aku beli ngan dia, eloklah juga dia offer service tu. win win situation.

Tuesday, August 30, 2011

Membela Arnab


dalam berhobi untuk mencari kepuasan diri, dah bergelar ayah ni terpaksa hobi dengan melaksanakan hobi bagi pihak anak2.

apa hobi aku?
hobi utama aku ialah mengumpul syiling. ia termasuk syiling lama, baru, dalam dan luar negeri, token, peringatan, dan seangkatan dengannya. pun begitu aku dah luaskan skop dengan mengumpul duit kertas juga. tapi koleksi syiling dan duit kertas aku masih sedikit berbanding otai2 lain.

disamping itu dengan usia meningkat ni, aku juga tertarik dengan barang2 antik. banyak minat tengok je. koleksi antik aku? selain diri aku sendiri, aku ada seterika arang lama. bukan belipun, seterika ayah aku, dah lama aku tengok ia terbiar diluar rumah dan dipenuhi cat, so aku ambik, bersihkan, kasi polish sikit dan akhirnya aku simpan dalam stor. he.he..he...

hobi keluarga pulak berkisar membela binatang. bermula dengan membela ikan emas, ikan puyu, kura-kura, hamster dan terbaru arnab. semua masih bela kecuali hamster yang aku dah bagi free kat rakan sekerja selepas salah seekor hamster tersebut menggigit anak aku, luqman.

bela arnab ni akibat rengekan luqman juga. bermula dengan membeli sepasang, aku tambah jadi 2 pasang. semua arnab kacukan kampung dan baka2 seperti anggora. nak beli yang pure breed aku belum mampu. since bela melalui pembacaan tanpa ada pengalaman practikal, 2 ekor arnab tersebut mati kerana cirit birit. sekarang tinggal 2 ekor, dan insyalllah lepas raya nanti akan jadi 4 ekor balik sebab aku dah tempah lagi sepasang arnab.


Sunday, May 29, 2011

Tuesday, January 4, 2011

Karnival Karangkraf (28-30/01/2011)



xtvt : KARNIVAL KARANGKRAF
Lokasi : KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor
Tarikh : 28 - 30 Januari 2011
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang.
Tawaran : DISKAUN antara 30% - 50% disamping bertemu mesra ...dengan novelis & penulis kesayangan anda secara LIVE

Thursday, October 28, 2010

Fiesta Buku Alaf 21 (29-31/10/2010)



Sumber Info : www.Facebook.com/alaf21

Tuesday, March 9, 2010

Thursday, December 31, 2009

Kucing : Kesayangan atau Kesusahan?

dah agak bersarang blog hobi aku ni. bukan tak buat menda2 hobi yg aku suka seperti mengumpul coins, wang kertas, setem dan sebagainya, tapi tau-tau anak ramai ni. balik kerja nak capai notebook je, anak2 dah mula join sekaki dan ajak lawan games. hobi dengan anak, anak2 lagi penting.

dalam mengurus hobi sendiri, anak2 pun nak hobi mereka juga. anak pompuan aku pika nak bela kucing. akupun suka jugak kucing ni tapi agak malas nak membelanya. bau dan penjagaannya pada aku amat leceh. kosnya jugak bukan sedikit kalau sakit, kalah kos rawatan kita ke klinik. anak lelaki aku oklah sebab dia suka ikan, dan dirumah dah ada akuarium ikan. pada aku ikan lebih senang menjaganya. airnyapun bukan kena salin hari2.

apa2pun stigma aku pada kucing, kadangkala rengekan anak perempuan tu yg buat aku lemah. sesekali tu ada jugak la usha2 harga kucing kat pets shop, mahal oi.. anak kecik cinonet je dah mau rm400 ke rm600 seekor. aku dah bedek2 dengan kawan yg bela kucing kalau2 dia nak bagi, macam nak dapat nanti sebab kucing siam dia tengah bunting tu. untuk mengatasi kekeurangan ilmu tentang kucing ni aku terjumpa buku mengenai kucing ni, belum khatam lagi. biarkan wife baca je la nanti sebab dia yg menyokong hobi anak2 tu.



IZZI ADVERTIZING--------------------

Sunday, December 13, 2009

The Most Beautiful Currency Note

Untuk lihat koleksi bank notes yang cantik2 dan unik keluaran pelbagai negara, sila klik link dibawah.

The Most Beautiful Currency Note
The Most Beautiful Currency Note 14 images... Sao Tome & Principe (Dobras)



Faroe Islands (Kronurs) Iceland (Kronurs) Hong Kong...

Monday, November 23, 2009

Bidaan setem di Iraq menguntungkan

Oleh Sammy Ketz



Dikenali sebagai pakar simen di Iraq, Anis Amjad menjalankan tugasnya sepanjang hari di kilang. Tetapi tiada apa yang boleh menghalangnya daripada mengadakan aktiviti bidaan setem di kota lama Baghdad pada setiap hari Sabtu.

Pada hari tersebut, jurutera kimia berusia 56 tahun itu membuka kot putihnya dan mengangkat tukul kayu. Bidaan tersebut berlangsung di sebuah bangunan Uthmaniah lama yang dibina pada 1908. Sembilan tahun lalu, bangunan itu telah dijadikan pejabat pos British yang pertama. Kotak surat berwarna merah masih menghiasi sebahagian kecil ruangnya.

"Saya merupakan ketua jabatan pemeriksaan di Kementerian Industri dan bertanggungjawab mengawasi kerja-kerja melibatkan simen di Iraq. Saya sering menolak tugasan di luar negara supaya tidak terlepas acara ini," katanya yang masih bujang dan telah menjalankan bidaan tersebut sejak 12 tahun lalu.

Minat terhadap setem pantas menjalar dalam kalangan ahli Persatuan Filatelik dan Numismatik Iraq yang ditubuhkan pada 1951. Persatuan itu baru mengadakan pertemuan semula baru-baru ini selepas 'tergendala' selama tiga tahun ekoran pertembungan antara puak Syiah dan Sunnah, selain kehadiran Al-Qaeda.

Persatuan yang berkait rapat dengan aktiviti mengumpul dan mengkaji setem itu mempunyai seramai lebih 2,000 orang ahli rasmi. Namun hanya sekitar 80 orang ahli yang aktif menjual dan membeli setem.

Harga setem meningkat mendadak terutama yang memaparkan gambar pemimpin diktator Saddam Hussein yang dijatuhkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.

"Sebelum tahun 2003, negara ini hanya tertumpu kepada isu dalaman dan terputus hubungan dengan pasaran antarabangsa. Tetapi kini perniagaan telah menjadi semakin baik. Kami mendapat permintaan yang tinggi daripada pengumpul setem AS dan British. Mereka mahukan setem yang mempunyai gambar Saddam di atasnya," kata Kamal Kamel, 46, yang menguruskan sebuah gerai di daerah Bab al-Muazzam, lokasi di mana pertemuan itu berlangsung.

"Tidak seperti kami, pengumpul-pengumpul itu tidak pernah puas dengan setem Saddam. Mereka tidak boleh mendapatkannya kerana sekatan ekonomi," tambahnya sambil merujuk kepada sekatan perdagangan dengan Iraq yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selepas Saddam menceroboh Kuwait pada tahun 1990.

"Sekeping setem dengan gambar Saddam Hussein yang dahulunya bernilai 200 dinar (RM0.60) kini boleh dijual pada harga 5,000 dinar (AS$4.3 atau RM15). Pendapatan bulanan saya telah berubah daripada AS$200 (RM680) kepada AS$1,500 (RM5,000). Harganya benar-benar sudah naik," katanya.

Tambah Kamel, hanya orang Iraq yang datang kedainya. Tetapi orang tengahnya mempunyai akses ke Zon Hijau (Green Zone) yang menjual setem-setem tersebut kepada askar-askar Amerika dan pegawai diplomatik.

Duduk di sekeliling sebuah meja panjang, kira-kira 30 orang pengedar dan pengumpul memeriksa setem, duit kertas serta syiling yang menjadi antara barangan yang ditawarkan pada hari tersebut.

Suasana dimeriahkan dengan suara pembida mengendalikan bidaan. Namun, semua harga bidaan yang dibuat adalah lebih rendah berbanding harga dalam katalog.

Dinding pula digantung dengan salinan surat daripada Persatuan Filatelik British bertarikh 1917, selain setem dari Iraq dan beberapa negara Arab lain.

Semenjak setem pertama Iraq dikeluarkan pada tahun 1917, perkhidmatan pos telah mengeluarkan sebanyak 1,824 siri setem termasuk 24 siri selepas zaman kejatuhan Saddam.

Garo Manaskan, 51, merupakan rakyat Iraq yang berasal dari Armenia dan menguruskan sebuah restoran terkenal di Baghdad. Dia menjual beberapa item daripada tiga juta koleksi yang dimilikinya.

"Saya mula mengumpul setem pada usia enam tahun. Itulah minat dan jiwa saya. Apabila ia tidak lagi boleh memuaskan hati, saya akan menjualnya dan membeli setem yang baru. Memandangkan saya belum berkahwin, saya akan memberikan semua koleksi saya kepada gereja Armenia," katanya.

Di sebelah Garo ialah peminat duit syiling, Haqqi Abdel Karim, 45. Ini kali pertama dia hadir ke majlis bidaan tersebut selepas tiga tahun melarikan diri ke Syria bagi mengelak daripada menjadi mangsa keganasan.

"Hari ini keadaan semakin baik. Saya sudah berfikir untuk kembali. Tetapi, persatuan harus berpindah ke tempat lain kerana daerah ini tidak selamat," kata Karim.

Ahli-ahli persatuan datang dari pelbagai latar belakang agama, kepercayaan dan etnik. Tetapi, pihak atasan persatuan menghalang pemilihan jawankuasa sejak enam tahun lalu.

"Dua pertiga yang ada di sini mengaut keuntungan dengan sekadar mengambil bahagian. Malah, ada yang mengetuai kumpulan aktiviti mencuri di pejabat-pejabat pos sewaktu awal serangan tentera Amerika.

"Apabila anda menuduh mereka, ada yang mengambil tindakan mendiamkan diri. Ada pula yang berjanji untuk memulangkannya, tanpa berniat untuk berbuat demikian.

"Mereka juga akan cuba yakinkan anda bahawa kesemua setem itu adalah lebih baik berada pada mereka daripada tangan pengumpul yang tidak mengetahui mengenai filateli," kata salah seorang ahli filateli yang aktif, Mohammed Dhia.

Dhia merujuk kepada sebuah pejabat pos yang terletak di al-Koshla, di Seraglio Street dalam kawasan kejiranan al-Muazzam di mana sebuah muzium setem berdiri di sana sebelum tahun 2003. Semua koleksi muzium tersebut telah habis dicuri dan dijual kepada pengumpul setem itu.


Sumber : Kosmo Online 24/11/09 (www.kosmo.com.my)

Thursday, October 29, 2009

Hidupkan budaya kumpul poskad – Sultan Selangor


Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima buku Perak 300 Early Postcards daripada Raja Nazrin Shah sambil diperhatikan Sultan Azlan Shah di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.
-----------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Budaya mengumpul barangan lama seperti poskad atau setem yang semakin dilupakan oleh generasi muda perlu dihidupkan semula kerana ia mampu memantapkan jati diri dan semangat cintakan negara.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, hobi tersebut amat unik dan menarik kerana pengumpulnya secara tidak langsung menjadi pencatat sejarah kepada budaya, sosial, tamadun sesebuah bangsa.

Titah baginda, walaupun generasi muda pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai teknologi canggih terutama khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel hingga mengurangkan kepentingan mengirim surat atau poskad tetapi amalan tersebut tidak boleh dibiarkan terus lenyap.

“Budaya mengumpul poskad atau setem perlu dihidupkan semula kerana ia mempunyai signifikan sejarah kepada sesebuah negara, budaya dan bangsa serta peristiwa penting yang berlaku.

“Walaupun dalam poskad dan setem hanya memaparkan gambar sahaja tetapi percayalah sekeping gambar mampu memberi beribu-ribu pengertian dan tafsiran,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa melancarkan buku Perak 300 Early Postcards hasil karangan dan koleksi Prof. Cheah Jin Seng, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Hadir sama Sultan Azlan; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Buku itu memuatkan 300 keping poskad koleksi Jin Seng berkaitan dengan sejarah berkaitan Perak antaranya sekeping poskad yang memaparkan gambar Raja-Raja Melayu menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama atau dikenali dengan Mesyuarat Durbar pada 13 Julai 1897 di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak.

Sultan Sharafuddin yang turut mempunyai minat mengumpul barangan lama berkongsi pengalamannya membeli dan menghantar poskad di setiap pelabuhan persinggahan semasa belayar selama dua tahun mengelilingi dunia pada 1995.

“Seingat beta, beta telah mengirim sebanyak 200 keping poskad kepada anakanda (Tengku Amir) sepanjang pelayaran itu dan tidak mustahil satu hari nanti anakanda beta akan menjemput Raja Nazrin melancarkan buku bertajuk 200 boring postcards by my dad,” titah baginda sambil berseloroh.


Sumber Berita & Gambar : Utusan Online 30/10/2009

Friday, September 25, 2009

Tentang Coins (Syiling)

bulan puasa lepas sekali je aku beli coins (syiling) online. tak de banyak masa nak meneliti dan recall balik coins yang dah aku ada atau belum. cuma sekarang aku terdetik nak stori pasal coins ni sebab ada tinggalan beberapa komen dlm peti mesej blog ni tentang tawaran jualan coins. antara komen tinggalan yang aku nak ulas :-

ajzie : saya ada syiling nazi utk dijual? berminat boleh email saya
2009-09-03 8:42 AM #

mad : 0195942248 2009-08-24 2:48 PM #

mad : kontek aku bro 2009-08-24 2:48 PM #

mad : aku ada syiling lama,syiling yassin wali dan yassin 7.serta syiling cina gambar naga 2009-08-24 2:48 PM #

urgent : nk tny, cane nk cri org yg minat nk beli duit syiling RM1 yg lama? besar die 2 kali ganda syiling 20sen 2009-08-21 12:41 PM #


pada secara jujur bukanlah pandai sangat bab2 duit syiling ni. yang pandai cuma suka memandai2 mandai je. kuang3x...

sejak aku kumpul syiling sampai sekarang aku rasa sangat2 jarang aku jual balik syiling tu kecuali ada ada extra dan harga yang ditawarkan berbaloi. aku suka kumpul dan kumpul je. kalau orang tanya aku value collection coins aku tu, aku cuma cakap 'entahlah!'. bukan merendah diri, tapi sebab aku sendiripun tak tau nilai semasa dia. masa rajin jalan2 pergi pasar karat atau ke amcorp mall, aku akan usha2 harga yang setara dengan collection aku tu, tapi takat tengok je, tak terfikir nak jual. aku kumpul sebab hobi mengumpul, bukan aku nak carik untung. yang aku jual tu sebab ada extra collection je.

kepada kawan2 yang tinggalkan komen diatas tu, aku cuma nak bagitau bahawa untuk menjual sesuatu coins, anda harus tau apa yang anda jual. maksud aku details coins tu. kalau korang ada maklumat lanjut tentang coins tu, korang buleh jual mahal sikit. aku pernah beli coins tulisan jawi lama dari seorang peniaga cina. since aku banyak soal dan dia tak boleh jawab, dia jual aku dengan harga yang sangat2 murah. dah coins tu bila aku check, ada 'harga' yang baik.

bagi yg meniaga di internet sama ada melalui email, blog dan lelongan, kena jujur beritahu tantang keaslian coin korang tu. secara jujur aku agar sukar mempercayai ketulenan wang yasin 3, 5, 7 dan 9. syiling yasin yang aku jumpa di pasaran dalam bentuk coins leper lusuh dengan orang tua bertongkat dan bercawat tu aku tak yakin asli. ia lebih kepada replika. sejenis syiling yasin lagi ialah dalam bentuk syiling yang cantik seperti syiling sekarang. even aku memang tak yakin ia tulen, aku sekadar membelinya untuk simpanan sahaja, itupun aku dah belasah dengan harga yang cukup2 murah. tunjukkan ia asli dan jika aku mampu, aku akan membayarnya.

syiling RM1 lama biasanya dikeluarkan dizaman ibubapa kita dulu masih kurang bernilai. harga pasaran yang biasa aku lihat cuma sekitar rm5-rm20 sahaja. kecualilah ia dalam keadaan 'uncirculated' atau memang 'rare'. tapi kalau kamu maksudkan duit syiling RM1 gold yang bank negara dah gantikan dengan RM 1 kertas tu, memang la lagi tiada nilai. kalau kamu dapat jual dengan harga rm 2 sekeping, itupun sudah cukup baik.

syiling nazi? macam best je. nanti aku email kamu.

kepada yang nak menceburi pengumpulan koleksi syiling ni, aku cadangkan korang beli aja dari penjual jalanan. dari situ korang boleh tengok, boleh pegang dan yang penting boleh tawar menawar. kat internet ni macam2 scam ada. gambar boleh diubah, dan ada kalanya yang dipesan dan yang diterima adalah berlainan. harga perbandingan juga sangat besar, aku cukup tak berkenan bila lihat sesetengah orang sengaja meletakkan suatu harga yang cukup2 tinggi untuk menda yang sangat biasa. aku faham, di internet adalah pasaran yang besar dan kadang-kala ada orang yang sanggup membelinya dengan harga tinggi. tapi langkah tersebut sebenarnya telah merosakkan market penjual dan pembeli yang betul2 genuine.

Monday, August 17, 2009

Duped by credit card scam upon check in at Hotel

You arrive at your hotel and check in at the front desk. When checking in, you give the front desk your credit card (for all the charges for your room). You get to your room and settle in. Someone calls the front desk and asked for (example) Room 620 (which happens to be your room).

Your phone rings in your room. You answer and the person on the other end says the following, 'This is the front desk. When checking in, we came across a problem with your charge card information. Please re-read me your credit card number and verify the last 3 digits numbers at the reverse side of your charge card.'

Not thinking anything you might give this person your information, since the call seems to come from the front desk. But actually, it is a scam of someone calling from outside the hotel/front desk. They ask for a random room number. Then, ask you for credit card information and address information. Sounding so professional that you do think you are talking to the front desk.

If you ever encounter this problem on your vacation, tell the caller that you will be down at the front desk to clear up any problems. Then, go to the front desk and ask if there was a problem. If there was none, inform the manager of the hotel that someone called to scam you of your credit card information acting like a front desk employee.


P/S: If you feel that the tips are useful, please forward it to your relatives, friends & colleague.

Please read more crime prevention tips at www.hanter-alarm.blogspot.com

Thursday, July 30, 2009

Anakku Warehouse Sale (31/07/09 - 02/08/09)



Sumber : email daripada intan.

Monday, July 20, 2009

PAMERAN ASTROFOTOGRAFI @ PLANATERIUM NEGARA




Pameran : PAMERAN ASTROFOTOGRAFI
Tarikh : 26 JUN - 02 OGOS 2009
Hari : SELASA - AHAD
Masa : 9.30 PAGI - 4.30 PETANG
Tempat : PLANETARIUM NEGARA

Sumber : www.angkasa.gov.my

Wednesday, July 1, 2009

Branded Mobile Phone Sales (02-05/07/09)



Pesta : BRANDED MOBILE PHONE SALES
Tarikh : 02/07/09 - 05/07/09
Masa : 11.00AM hingga 10.00PM
Tempat : AMPANG POINT (OUTDOOR CAR PARK)

Sumber : www.bigsale.com.my

Friday, June 26, 2009

Pesta Buku Alaf 21 (26-28 Jun 2009)



Pesta : PESTA BUKU ALAF 21
Tarikh : 26-28/06/2009
Masa : 9.00 PAGI - 6.00 PETANG
Tempat : Premis ALAF 21, SHAH ALAM

Sumber berita & gambar : Website www.alaf21.com.my