Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, February 3, 2009

Sekitar Pesta Buku Alaf 21

Pada hari sabtu (31/01/09) yg lepas, aku sekeluarga telah ke Pesta Buku Alaf 21 di kilang mereka di Shah Alam, Selangor.

Aku sampai kat Alaf 21 jam 2.00pm. since tengok buku menimbun, mulalah nafsu membuku (membeli buku = membuku). Aku terkam novel, manakala wife ke bahagian resepi2. ingatkan aku dan wife saya yg ghairah memilih, tapi sebenarnya anak2 aku luqman hakim dan pika yg lebih beria2. apa saje buku dicapai dan nak dibeli. terpaksalah aku pujuk letak dalam bakul dan kemudian simpan semula.

pada aku pesta2 buku begini lebih seronok sebab ia lebih khusus kepada novel2 alaf 21 dan ada juga buku prima yg kedua2nya anak syarikat karangkraf. kalau pesta buku yg semua penerbit buku/ novel turut serta, org macam aku tentu rambang mata. nak beli semua tentulah tak boleh sebab kewangan tidak mengizinkan. so, terpaksalah buat one two som nak beli buku/novel mane.

since cuma ada alaf 21 dan buku prima, kami cuma fokus pada novel/ buku2 yg menarik dan belum dimiliki. diskaun 30% untuk semua jenis novel dan buku termasuk buku/novel keluaran / cetakan januari 2009 memang berbaloi. lebih berbaloi lagi buku/novel2 lama dijual RM5.00 je sebuah. mana nak dapat beb! aku sempat sambar beberrapa buah novel lama yg masih belum aku miliki. biasalah, setiap bulan berapa puluh novel keluar, mana aku nak cekau duit beli. tiap bulan budget aku untuk novel cuma 2-3 buah je. budget utk buku bulanan termasuk juga majalah gila-gila, mastika, ujang, mingguan wanita, malaysian business, pa&ma (jarang2) dan komik2. so, novel 2-3 buah tu dah cukup banyak bagi kami. beli satu hal, nak membaca satu hal lagi. ada kalanya beli dah 2-3 bulan, tapi masih belum dibaca.

pada pengamatan aku, pengunjung ke pesta buku tu amat ramai. bertali arus, tanpa henti. sorang2 aku tengok ambik buku tak de yg satu, majoriti 5-6 buah. sebab tu aku naik syeh dan dekat 10 buku/novel ambik. tak mahal sebab ada diskaun dan ada yg murah. beli buku ni tak membazir. cuma kena baca la.. beli je tapi langsung tak baca tu nama dia bodoh. bak kata kawan aku buku kalau menimbun2 tapi tak baca, bodohnya menimbun2 jugak.

ni antara gambar aku sempat snap masa pesta buku tu.korang layan je la yer....







Ini antara buku yg sempat aku beli. ada beberapa buah buku lagi dalam bakul wife aku.
kat depan sekali tu buku terbaru di pasaran karya Kamsiah Abu atau nekcun berjudul "Tidak Kupinta". Buku ni pun aku dah baca habis, nanti ada masa aku stori mori kat sini tentang novel tu.

4 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Riezal said...

banyak betul shopping.. tapi takpe.. shopping Ilmu.. :).Blog yang menarik.. salam ziarah

izman said...

pak karamu,
terima kasih pak.

izman said...

riezal,
itu je termampu.