Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, February 23, 2009

Kedai Ceria : Barangan Antik & Terpakai

Sebenarnya aku tak lah minat sangat mengumpul barang2 lama dan aktik ni, kecuali duit syiling. faktor utama ialah kewangan belum mengizinkan, faktor kedua ialah space rumah yg kecik.

namun begitu ia tak membantutkan kegilaan aku meredah kedai2 antik dan pasar2 karat yg berdekatan, seperti di area shah alam dan klang. yg paling dekat dengan rumah aku ialah di port klang. aku selalu jugak ke kedai antik dan barang2 lama ni. ia terletak di jalan Cungah, Port Klang. Nama kedai tu KEDAI CERIA. bagi bukan peminat barang lama dan antik, kedai ni memang tak ceria langsung. semua barang2 second hand.

dalam sebulan tu biasanya ada lah sekali aku jenguk kedai tu. biasanya tengok2 je. tokey kedai tu pun dah tak heran aku datang. kalau yg aku minat barulah aku usha tanya harga. kalau tak, keluar kosong je lah.

antara yg ada disini termasuklah mesin jahit, peralatan golf, piring hitam, seterika lama, beg2 lama, anak2 patung, jam tangan, tali pinggang dan banyak lagi. korang layan je lah gambar2 yg sempat aku ambik ni...








cuma yg tak syiok sikit berkenaan kedai ni ialah kekemasan kedai. memang tunggang langgang. pemilik kedai ni (india) memang suka2 hati dia je nak bukak kedai ke tak (lantak dia lah kedai dia). wife dia yg selalu jaga kedai pulak selalu tak tau harga barang kecuali yg dah ada harga tertulis di barangan tu. bila mintak nak kurang harga, mulalah telefon hubby dia. kadang2 tu 3-4 kali aku tanya harga, pastu aku tak beli. ha.3x...





IZZI ADVERTIZING--------------------------------------------

9 comments:

ku tak sempurna said...

wahhhh... suka barangan antik... veru historical... :D

-salam singgah-

izman said...

ku tak sempurna,
suka tengok2 je... tak de duit.

Anonymous said...

salam...
sy ada nk jual syiling lama
minat nk beli x?

Anonymous said...

syiling lama zaman british.ada yg berusia 100 thn.Berminat?email sya di dns.unit@gmail.com

~zulkis~ said...

Ada lagi ke kedai ni? Macam nak pergi jenguk.

Anonymous said...

sy pom ad nk jual duit syiling... 1280 thun.. minat call 'ikram' 0145227634

Anonymous said...

salam. kedai ni dekat mana? boleh bagi alamat tak? terima kasih.

Anonymous said...

nak tanya la....klu sya nak jual mesin jahit singer yg lama dlm usia 20-30thn rm bape yg leh dijual yer???tma ksh

Beskaltue Izz said...

Sy ada banyak jugak syiling2 lama.. tapi blm terlintas nk jual.. tapi kalu ada syiling lebih n nak tukar2 blh la email.. izlifani@gmail.com