PUNPUN ini dicari Jemaah di sekitar pantai Morib. Sebungkus punpun dijual pada harga RM5. JIKA anda seorang pengguna Lebuh Raya Kesas, anda mungkin pernah terserempak dengan gelagat seorang warga tua yang menjual umpan cacing untuk kaki pancing berhampiran Pelabuhan Klang. Cacing yang besar dan panjang tetapi telah dikerat-kerat itu dikenali sebagai punpun.
PENGGUNA Lebuh Raya Kesas dekat Pelabuhan Klang mungkin biasa terserempak dengan pemandangan seperti ini. Si penjual, Jemaah Mat Kasli, 67, seperti juga kaki pancing yang sanggup menunggu lama sebelum mata kail dipagut ikan, juga setia menanti kaki pancing singgah membeli umpan yang dijualnya.
Ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak ini sering ditemani cucunya iaitu Mohammad Haikal Hairi, 3. Dia mencari umpan itu di sekitar Pantai Baru dan Tanjung Layang di Morib, Selangor. Pelabuhan Klang sememangnya menjadi tumpuan kaki pancing terutama pada hujung minggu.
Setiap umpan pancing yang mengandungi empat hingga lima ekor punpun itu dibungkus secara rapi dan dijual pada harga RM5 sebungkus.
PUNPUN digemari kaki pancing bagi mengumpan ikan. Menurut Jemaah, purata pendapatan hasil jualan umpan tersebut boleh mencecah sehingga RM100 sehari, bergantung kepada bilangan pembeli.
Wanita dari Banting ini menjual umpan tersebut setiap hujung minggu iaitu dari Jumaat hingga Ahad.
Gara-gara ingin mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bermalam di pondok yang didirikan di tepi lebuh raya berkenaan.
TANJUNG Harapan di Pelabuhan Klang sering menjadi tumpuan kaki pancing pada hujung minggu. Sumber :
Kosmo Online bertarikh 18/7/08
4 comments:
RM100 sehari???
lumayan jugak...
masak smbl sdp x ek cacing nih..kah.kah.kah..ko nak x man makan?
13 may,
sektor pertanian dan percacingan ni agak untungkan. minggu dpn aku nak gi tgk proses bela cacing kat banting.
ita.itu,
blum penah terfikir lagi nk makan cacing. tapi belalang aku penah mkn masa kecik2 dulu.
masa gi thailand thn 2004 dulu, menetes gak air liur tgk makanan eksotika mereka. yg kecur air liur aku ialah kumbang hitam goreng tepung. (byk la ko punya makan...)
Post a Comment