Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
Showing posts with label Ulasan Amatur. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Amatur. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Panggilan duit syiling

Doq baca kosmo online sat tadi aku tiba2 rasa terpanggil untuk storikan pasal tajuk "panggilan duit syiling" atau digelar juga "spirit of the coin". sebagai orang yg pernah bermain dengan permainan berhantu ini, dan penggemar novel 'matera hitam' karya serunai fakir yang menceritakan kisah dongeng akibat permainan tersebut, aku akui menda ni memang pelik.

err... kalau nak baca ulasan aku tentang novel matera hitam, korang bacalah kat sini
http://interestinghobby.blogspot.com/2009/03/ulasan-amatur-novel-mantera-hitam-karya.html

kalau korang nak baca kisah pengalaman ngeri aku bermain sprit of the coin, korang baca kat sini http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/kisah-benar-spirit-of-coins.html

tapi.... kalau korang setakat nak baca kisah yg dimuatkan kat kosmo online hari ni (11/05/09), korang kliklah www.kosmo.com.my atau baca je kat bawah ni....

----------------------------------

Panggilan duit syiling
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

‘Roh’ yang dikatakan menyertai permainan ini membawa keseronokan kepada pemainnya apabila setiap soalan sulit mendapat jawapan. Namun, masalah akan timbul sekiranya ‘roh’ itu tidak mahu kembali ke dimensinya.


ATAS: Kertas yang digunakan untuk berkomunikasi dengan 'roh' menyerupai papan ouija yang popular di kalangan medium penyeru dunia ghaib di Barat.DALAM BULATAN: Duit syiling lama dikatakan lebih diminati ‘roh’ yang bakal meresapinya. ------------------------------------------------------------------------


GENERASI muda zaman kini terlalu banyak pilihan aktiviti yang boleh dilakukan sendirian mahupun bersama kawan. Kalau bercakap tentang golongan yang sama pada 10 atau 20 tahun lalu, untuk mendapatkan keseronokan yang lebih, hanya boleh dicapai dengan sedikit kreativiti dan keberanian.

Bukan menyertai sukan ekstrem, ke kelab hiburan atau mencabar skil permainan konsol. Sebaliknya keseronokan yang dimaksudkan itu adalah bermain spirit of the coin.

Penulis tidak pasti sama ada generasi sekarang masih melakukan perkara ini, tetapi percaya cerita tentangnya sudah disampaikan dari mulut ke mulut.

“Ia adalah suatu yang biasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah, penghuni asrama dan juga kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan.

“Tanpa diketahui ibu bapa, aktiviti ini dianggap suatu cara untuk menguji keberanian,” kata seorang setiausaha syarikat korporat, Yazmin, yang mengaku pernah mencubanya sewaktu menuntut di kolej dahulu.

Menurut Yazmin yang kerap menyertai permainan itu bersama teman-teman berbilang bangsa, keperluan permainan yang menyeru roh duit syiling itu sangat mudah. Sebab itulah ia cepat menjadi ikutan ramai.

Malangnya, ramai yang tidak menyedari akan risiko emosi, soal hukum agama dan akibat buruk lain daripadanya.

Ia melibatkan sekeping kertas atau kad manila yang ditulis secara jelas abjad A hingga Z dan nombor 0 hingga 9 di sudut keliling. Tertera padanya juga perkataan ‘HOME’ atau ‘GOODBYE’ di tengah-tengah kertas. Tulisan itu diapit pula oleh perkataan ‘YES’ dan ‘NO’.

“Lebih baik jika ia dilakukan dalam ruang tertutup dan hanya diterangi cahaya lilin. Sekeping duit syiling diperlukan. Lebih lama usia duit syiling itu lebih baik.

“Diletakkan di tengah-tengah perkataan ‘HOME’ jari telunjuk setiap pemain perlu diletak secara perlahan di atasnya sebelum seruan dimulakan,” kata Yazmin yang kini menganggap semua itu bodoh dan lucu namun menyeramkan.

‘Spirit-spirit of the coin, if you can hear me, please come’, seruan itu berbunyi. Setelah disebutkan berulang kali, duit syiling itu akan bergerak dengan sendirinya.

Maka, pemain akan mula bertanya pelbagai soalan tentang siapa, apa, bila dan bagaimana. Namun, Yazmin mengakui bahawa ada juga percubaan yang tidak menjadi.

“Selalunya ‘roh’ yang datang ialah daripada orang yang mati bunuh diri dan ia siap memberitahu bila dan di mana ia membunuh diri. Saya tidak tahu sebab logiknya.

“Mungkin kerana roh orang yang bunuh diri tidak tenteram. Ia masih menerawang gara-gara langit dan bumi tidak menerima perbuatannya mengakhiri nyawa secara begitu,” kata Yazmin.

Setiap soalan akan dijawab berdasarkan pergerakan duit syiling itu yang mengeja mengikut abjad yang disediakan. Kelakar juga apabila pertanyaan peribadi, cerita masa depan, serta rahsia sulit pemain didedahkan dalam permainan tersebut.

Berlanjutan hingga ke pagi

Tapi apakah benar, pergerakan itu berpunca dari roh yang diseru? Mungkinkah ia satu muslihat permainan yang dirancang oleh salah satu daripada pemainnya?

“Tidak mungkin. Sekeping duit syiling disentuh oleh dua atau lebih jari mengikut bilangan pemain. Pasti ada salah seorang akan sedar kalau pergerakan itu sengaja didorong.

“Saya yakin itu adalah kuasa lain, bukan daripada upaya atau muslihat manusia,” ulasnya tegas.

Setiap permainan ada syaratnya. Begitu juga dengan yang ini. Sekiranya permainan ini hendak diselesaikan, pemain akan menyuruh ‘roh’ itu pulang.

Kalau ia menurut, duit syiling itu akan bergerak kembali ke tulisan ‘HOME’ iaitu tempat ia mula-mula diseru.

“Ada juga yang degil untuk pulang hinggakan permainan itu berlanjutan ke pagi. Antara jawapan menakutkan adalah ia tidak mahu pulang kerana mahu berdamping dengan pemain yang disukainya, atau mahu minta dibebaskan begitu sahaja untuk membalas dendam pada yang menyebabkan kematiannya.

“Tetapi kami beringat, selagi tidak kembali ke perkataan ‘HOME’, selagi itulah juga jari setiap pemain tidak boleh dilepaskan daripada duit syiling itu. Bayangkanlah, ada yang keletihan, marah, menggigil dan juga menangis,” katanya.

Yazmin walau bagaimanapun tidak pasti tentang akibatnya jika syarat menyudahkan permainan itu dilanggar. Tetapi dia pernah mendengar tentang pemain-pemain yang mengalami tekanan perasaan, sering ketakutan dan meracau ketika tidur.

“Saya pada awalnya tidak percaya permainan seperti itu boleh membawa keburukan mahupun menyalahi agama. Namun, saya sedar kini bahawa keseronokan sebenarnya boleh ditemui dalam diri sendiri dan juga apabila bersama keluarga dan kawan-kawan dalam aktiviti sihat.

“Spirit of the coin sebaliknya, seperti membuka pintu untuk mendapat ‘kawan’ dari dimensi lain,” terang Yazmin yang menyesali perbuatannya itu.

Ironi permainan itu juga terlintas dalam kepalanya. Semua ‘roh’ itu memahami abjad roman, cekap mengeja, kenal nombor, serta tahu fungsi perkataan ‘YES’, ’NO’ dan ‘HOME’ di atas kertas itu. Yazmin masih menunggu penjelasan rasionalnya.

Friday, March 27, 2009

Ulasan Amatur : Novel "Mantera Hitam' Karya Serunai Fakir



Novel : MANTERA HITAM
Penulis : SERUNAI FAKIR
Bil. Muka Surat : 410
Penerbit : ALAF 21 SDN BHD












Sinopsis :
Mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Nik, Tunku & Hizal yang menyeru roh orang mati melalui permainan 'sprit of the coins'. Permainan itu mengundang padah apabila nik diresapi roh jahat. 2 sahabat bertungkus-lumus berusaha membantu dengan bantuan beberapa orang bijak pandai. maka bermulalah pengembaraan & pengalaman menerobos ke alam mistik; terutama melibatkan alam jin.

setelah nik dipulihkan, keadaan bertambah getir kerana makhluk2 alam gelap tidak berpuas hati dan mengalah. bermulalah perjalanan & pertelingkahan antara alam manusia yang berkuasa ghaib dengan makhluk alam ghaib.

berjayakah 3 sahabat ini menghadapi makhluk2 alam ghaib yang mengerikan dan penuh kesaktian?

siapakah yang mampu membantu mereka dalam perjalanan tersebut?

kenapa wujud marcel, iaitu jin kafir portugis dalam cerita ini?

Bacalah sendiri untuk kesan yang ngerinya....


Ulasan :
1) aku sangat teruja dengan novel ini keana ideanya sangat 'fresh'.
2) penggunaan sub-tajuk menyenangkan kepala otak aku untuk memahami plot watak dan persekitarannya.
3) elemen2 silat, penggunaan istilah2 menjadikan ianya menarik.
4) wujud satu elemen nasihat sinis daripada penceritaan novel ini.
5) kesimpulannya; AKU SUKA BANGAT NOVEL INI.



IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

Monday, March 9, 2009

Ulasan Amatur : Novel "Horizon Cinta" karya Umi Azrini



Novel : HORIZON CINTA
Penulis : UMI AZRINI
Bil M/Surat : 482
Penerbit : ALAF 21 SDN BHD

Sinopsis :
Novel ini mengisahkan Zariz (E-zo / Parut Petir)yang menutup pintu cintanya akibat dikhianati cinta kekasihnya, Naiima. Zariz sekadar membiarkan hatinya terubat sendiri dengan kesibukan tugasnya sebagai pegawai sebuah kapal dagang.

namun, hati & ketenangannya terganggu dengan kehadiran zara (jennifer mcLaren Lee)iaitu adik kapten kapalnya yg turut sama belayar bersama2 mereka. dendam zara terhadap zariz yg bermula sebelum mereka ditemukan didalam kapal tersebut emmbuatkan zara tidak henti2 mengenakan zariz, apatah lagi menggunakan kuasa abangnya. dengan kehadiran si jelita zara di atas kapal, zariz dibenci oleh beberapa pegawai atasnya yg cuba memikat zara. kebencian zariz terhadap zara bertambah kuat.

beberapa kejadian diatas kapal melibatkan mereka berdua membuahkan bibit sayang antara mereka. kasih sayang itu terus bercambah selepas pelayaran berakhir. dikesempatan cuti pelayaran selalu diambil zariz untuk mendekati zara. namun kewujudan semual naiima yg merupakan downline direct selling zara yg rapat sering merobek cinta zara dan zariz.

adakah kasih zara dan zariz terlerai dengan kewujudan naiima?

adakah zara mempu memujuk abangnya untuk memeluk agama Islam?

adakah mereka berjaya disatukan?

takkan nak tau free je, bacalah sendiri kisah selanjutnya dalam novel HORIZON CINTA.


Ulasan :
1) secara umumnya, plot ceritanya dalam mnarik dan bukan streotype.

2) penulis mengambil inisiatif yg tinggi untuk mendalami istilah2 perkapalan dan kelihatan cuba memahamkan pembaca tentang situasi dalam kapal. ia adalah baik walaupun aku tidak menyenangi kewujudan terlalu banyak istilah tersebut.

3) imiginasi penulis berkaitan pelayaran dan suasana diatas kapal aku suka, apatah lagi penulis berjaya menjiwai kehidupan anak2 kapal semasa bekerja dan semasa santai.

4) dlm banyak2 plot, aku cuma kureng selesa dgn adegan kebakaran di kawasan dapur kapal. zara yg terperangkap dlm stor dapur yg terbakar dan berasap tebal sempat lagi bertelingkah cakap dengan zariz. macam tak realistik la plot tu. adegan saspen & cemas tidak dapat aku hayati.

5) aku masih keliru kalau2 ia bersifat gambaran sebenar atau imiginatif penulis. minda aku cuba menyelami ia berlaku atas kapal dagang, tetapi adakah penumpang/tetau dibenarkan ikut serta. boleh meniaga direct selling lagi.... tapi aku faham, dalam novel, kita boleh reka apa saja cerita. he.3x.

6) aku tertunggu2 suatu penerangan berkaitan misteri kewujudan 'parut petir' pada dahi zariz. penulis berjaya membuatnya terus misteri. nak ada sambungan lagi kot!



izzi note :
kepada sesiapa nak mengenali penulis ini dengan lebih dekat, jelajahlah blog beliau di umi azrini (http://www.umi-azrini.blogspot.com)



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------