Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, March 2, 2009

Sekitar Mini Karnival Karangkraf

Hari sabtu (28/02/09) lepas, seperti dirancang, aku dan keluarga ke mini karnival karangkraf di shah alam, selangor. awal2 lagi dalam jam 1030am aku dah sampai sana, masa tu orang belum ramai.

mula2 aku tuju gerai alaf 21 sebab tak sabar nak jumpa penulis hajjah kamsiah abu atau dikenali juga sebagai nekcun dikalangan blogger. nekcun belum sampai, so aku ronda2 gerai lain dulu.

gerai yg wife aku suka ialah gerai mingguan wanita dan majalah pa & ma. secara peribadi majalah mingguan wanita aku memang tak suka baca. wife aku selalu mencuka bila aku labelkan majalah kesayangan dia tu sebagai 'majalah yang lebih banyak iklan dari cerita'. majalah pa&ma memang sama2 kamu suka. majalah memasak seperti saji biasanya wife akan beli mengikut resepi dia minat. so far, sama ada aku suka atau tak majalah tu, aku tak halang wife dari membeli dan membacanya.

secara umumnya diskaun setiap gerai adalah biasanya je, kecuali gerai novel alaf 21 dan buku prima sehingga 30%. gerai2 lain setakat kurangkan harga 30-80 sen sahaja berbanding harga dipasaran. cuma sebagai membeli hati pengunjung, mereka menyediakan pelbagai hadiah percuma daripada pelbagai sponsor melalui free gift melawat gerai mereka atau membeli sejumlah buku2 tertentu. wife aku tidak ketinggalan mendapat cubaan balingan apabila membeli buku2. inilah aksinya, dan dengan sekali balingan daripada 3 balingan yg diberikan; wife aku berjaya. dapatlah hamper kecik. jadilah....





semua gerai kami redah, dan gerai2 yg bukan selera kami, just jenguk2lah. untuk luqman, dia lebih suka buku2 dari koleksi buku prima. beberapa buah buku dibeli dari koleksi sirah nabi kami ambil termasuk buku cerita kanak2. siapa lagi yg akan membacakan untuk mereka, aku dan isterilah!

untuk pika, dia lebih suka buku kartun. at least minat aku dalam membaca komik ada yg nak ikut. sape lagi nak warisi komik aku yg bertambun distor tu nanti. pika begitu beria2 nak komik G3. secara jujur , itulah kali pertama aku membelinya, dan setelah membacanya.... ia menarik hati aku. apatah lagi dengan adanya kartunis yg aku sanjungi seperti gayour dan kobis bunga. gayour ni aku minat karya dia dari majalah gelihati lagi, dan ujang.

jenuh jalan2 aku kembali ke pangkal jalan iaitu di gerai alaf 21/buku prima. alhamdulillah hjh kamsiah abu dah ada. aku mengeluarkan buku beliau dan meminta beliah membuat sedikit contengan untuk isteri aku, autograf daa....




ingat nak ambik autograf damya hanna yg turut datang, tapi aku tak bawa novel dia. tak kan aku nak beli sebijik lagi. itu membazir. nak saje2 sembang, arghh! malu pulak. nantilah aku jumpa dia dilain masa. aku memang follow novel2 dia, memang tak menghampakan. kalau nak tengok muka dia, teliti gambar dibawah. damya hanna duduk belah kanan sekali.



pusinglah belah mana pun luqman tetap nak belon dari badut kat gerai laman. sebab orang ramai berkerumun, malas aku nak layan kerenah luqman dan pika. tapi apalah kekuatan seorang ayah berbanding dengan rengekan si anak. aku mengalah, dan dengan muka tak malu aku menghampiri abang dut (badut) dan meminta beliau membuat 2 gubahan belon utk anak2 aku. beliau pun buat.


Gambar : sempat lagi si luqman menjelir pada abang dut. Ish.3x

lepas sesi sedikit borongan selesai,


kami pun baliklah. saksikanlah beberapa snap sepanjang mini karnival itu....






IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------







No comments: