Pada 10/12/2008 yang lalu, disebabkan ada urusan di kuala lumpur, aku berkesempatan menjenguk sebuah kedai hobi yang terletak di BB Plaza. ini maklumat berkaitan kedai berkenaan:-
Nama kedai : SM Stamps & Antique
Alamat : No. 78, Tingkat 6, BB Plaza, KL
Jenis Perniagaan : Membeli & menjual setem, FDC, Gold Coins, bank notes & antique.
No telefon : 012-3871638
masa aku gi kedai ni, ia tutup. waktu perniagaan dia aku tak pasti la pulak. dah samapai situ, dan memang kedai2 sebegini menarik hati aku yg bersesuaian dengan jiwa aku. so, aku perhatikan dari luar cermin kedai je la.
perkara pertama yang aku cari ialah coins (syiling)dan bank notes (wang kertas). so, inilah dia yang aku perhatikan. dalam dok perati tu aku sempat gak seluk2 kojek kira duit yg ada sebab air liur dah meleleh tengok koleksi uncut bank notes. sehingga kini aku belum ada satupun uncut series. bukan aku tak minat tapi aku lebih cenderung kepada coins. dalam hati berkata " nasib baik kedai ni tutup, kalau tidak....." (sambil menahan air liur yang tak henti menitik).
pastu aku usha2 koleksi setem. yg aku nampak dari cermin kedai tu cuma koleksi setem sukan olimpik dan koleksi terhad. dari timbunan album2 setem dalam kedai tu, aku yakin lagi banyak. setem ni aku minat jugak tapi tak setanding coins. ni je lah koleksi setem sempat aku snap:-
pastu aku usha2 pulak koleksi produk coka-cola (coke) yg berbentuk botol dan tin coke. koleksi menda ni pun aku belum ada, dan belum terbukak hati nak buat koleksi. seronok tengok je la.
koleksi barangan antik pun ada jugak. ini termasuklah berhala, patung dan sebagainya. sebab menda ni mahal2, aku belum jadi pengumpul koleksi antik lagi sekarang ni. kalau kaya tak tau la... patung ke berhala2 tu tak kan aku nak kumpul pulak, aku kan orang Islam.
secara keseluruhannya berdasarkan pemerhatian dari luar kedai SM Stamps & Antique, aku rasa seronok dan aku akan datang lagi untuk masuk ke dalam kedai pulak. harga koleksi terhad adalah agak mahal tapi ia adalah berbaloi kepada peminat koleksi tersebut. aku yakin masih ada tawar menawar dalam urusan jual beli koleksi ni. lain kali kalai aku datang sasaran aku ialah coins, dan uncut series. paling aku seronok ialah dapat tengok beberapa koleksi yang sama dengan koleksi aku yg nilai pasarannya sekarang dah bertambah bagus. mana tau sesak2 bolehlah aku jual.
Gurauan atau Gangguan Seksual?
-
Gurauan atau Gangguan Seksual?
Pagi ini saya terpandang gelagat beberapa pekerja asing warga Myanmar bukan
syarikat saya yang berjalan beriringan hendak ke ...
7 years ago
3 comments:
Salam bro,
mengumpul setem memang hobi dari kecil lagi. Now zoom in Strait settlement dan Malayan Stamps. Jumpa banyak (timbang kati) dan murah di UK. Kalau ada member boleh minta carikan kat stamp fair di sana. saya ada katalog stamp lama sbg rujukan.
Saya pernah pergi kedai stamp di BB plaza tu. Ada banyak collection, tapi seperti biasa harganya memang berlipat, lipat, lipat kali ganda bila saya banding dengan stamp dalam koleksi saya. memang boleh buat duit kalau jual masa sesak :)
dr sam,
trima kasih berkunjung.
saya ni pun hobi suka2 je, kalau mahal tak mampulah nak beli. tengok je lah. tapi kalau berkenan, biasanya cari idea jugak camaner nak cekau duit nk beli.
ape2pun hobi cam ni berbaloi. boleh jual masa sesak, ha.3x.
ade nak beli syiling2 lame x? klu ade pm or email me hidayatul_hafiza@yahoo.com.my
duit syiling special edition pun ade, duit is, korea, china, denmark. semua syiling lama. klu berminat nanti fizza tguk pic die..
Post a Comment