Google
 
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Thursday, April 16, 2009

Suami isteri kongsi hobi

Oleh NUR FARISHA FAIZ
utusanmelaka@utusan.com.my


kereta Kancil yang diubah suai menggunakan enjin turbo, mempunyai enam roda dan diberi nama Ganazz.

--------------------------------------------------



MELAKA 15 April – Tiada siapa menduga, kegilaannya terhadap kerja mengubah suai kereta akhirnya menemukan jodohnya dengan wanita idaman yang kini menjadi isterinya.

Bagi Muhamad Ridzuan Dol Hadi, 30, tidak menyangka isterinya, Siti Aisyah Mahmood, 30, turut meminati hobi yang sama yang akhirnya menyatukan mereka ke gerbang perkahwinan.

‘‘Saya pada mulanya kurang berminat untuk terlibat dengan kerja mengubah suai kereta ini kerana lebih meminati kereta yang telah diubah suai.

‘‘Namun perasaan ini berubah setelah melihat ketekunan suami yang begitu asyik dengan kerjanya mengubah suai kereta malah ketika ini, saya juga sudah terikut-ikut menemaninya ke mana-mana pertandingan ubah suai kereta,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ketika ditemui di kedai ubah suai kereta milik pasangan itu di Taman Cheng Bestari, di sini, kata Siti Aisyah, sehingga hari ini, mereka masih berkongsi minat yang sama malah dia juga terlibat dengan kerja mengubah suai enjin dan badan kereta kompak seperti Kancil, Kelisa dan Myvi untuk dijadikan kereta ekstrem.

Bagi pasangan itu, mereka berasa bangga kerana sebahagian besar kereta yang diubah suai berjaya mengukir nama dalam pelbagai pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa terutama di Singapura.

Menceritakan lebih lanjut mengenai penglibatan awalnya dalam kegiatan mengubah suai kereta itu, Muhamad Ridzuan berkata, dia mula melibatkan diri dalam pertandingan autoshow atau ubah suai kereta ini ialah sekitar tahun 2000.

Katanya, kereta pertama yang berjaya diubah suai olehnya sendiri adalah kereta Kancil yang dibeli pada tahun 1999 namun setelah kereta tersebut terlibat dalam kemalangan, dia membeli sebuah lagi kereta Kancil pada tahun 2002.

Ujarnya, kereta tersebut membawa tuah kepada dirinya sehingga berjaya menggondol pelbagai anugerah utama seperti Raja Jalan 2004 dan Car of the Year 2005.

Lebih mengujakan buat Muhamad Ridzuan, kereta Kancil itu juga diiktiraf sebagai kereta ekstrem terbaik oleh Big Daddy dan Kustomizer iaitu pakar dalam bidang pengubahsuaian kereta di California malah mempunyai siri televisyen mengenai pengubahsuaian kereta di Discovery Channel.

Menurutnya, kereta itu diberi nama Ganazz dan telah diubah suai dari segi enjin iaitu menggunakan enjin turbo manakala rodanya telah ditambah dua biji menjadikannya kepada enam biji keseluruhannya.

‘‘Saya juga telah mengubah bahagian dalam kereta tersebut dan memasang cermin gelap dan menggunakan monitor untuk melihat ke luar.

‘‘Jika dilihat pada model kereta ini, ia kelihatan seperti kereta yang digunakan dalam cerita animasi Batman kerana bentuk belakang kereta ini kelihatan seperti kipas,’’ katanya.

Menurutnya, dia sudah membelanjakan sebanyak RM250,000 untuk Ganazz dan dia sendiri dikenali sebagai The King dan Big Daddy Malaysia di kalangan peminat ubah suai kenderaan di negara ini.

Katanya, Ganazz juga pernah memenangi anugerah utama pada pertandingan anjuran sebuah majalah kereta namun malangnya sehingga kini, hadiah yang dijanjikan iaitu sebuah kereta Suzuki Swift dan wang tunai masih belum diperoleh.

Muhamad Ridzuan berkata, oleh kerana, namanya sudah dikenali di kalangan peserta pertandingan autoshow, dia tidak dibenarkan menyertai pertandingan yang sama bagi memberi peluang kepada peserta lain mencuba bakat mereka.

‘‘Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba pertandingan yang sama luar negara seperti di Singapura,” katanya.

Disebabkan faktor tersebut, dia mengambil inisiatif lain untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan di Malaysia dengan mengubah suai kereta kancil milik Siti Aisyah.

Katanya, dia telah menghantar kereta isterinya itu ke bengkel LA Motorsport di Senai, Johor kerana bengkel tersebut mampu mengubah suai badan kereta melalui proses airbrush.

Kereta berwarna merah jambu ini dilukis menggunakan airbrush dengan wajah pelakon Devon Ayuki yang memegang watak sebagai Suki dalam cerita 2 Fast 2 Furious.

‘‘Kereta ini diubah suai mengikut cerita 2 Fast 2 Furious dimana watak Suki membawa kereta lumba berwarna merah jambu dan ia diaplikasikan terhadap kereta Kancil milik Aisyah menggunakan wajah Suki sebagai tema,” katanya.

Menurut Muhamad Ridzuan, kereta ganazz dan Suki diletakkan di sana memandangkan Johor Bahru selalu menganjurkan pameran dan pertandingan autoshow dan ia juga berdekatan dengan Singapura.

Bagi mereka yang berminat untuk mengubah suai kereta dan memerlukan khidmat nasihat, boleh menghubungi Muhamad Ridzuan di talian 012-2223022 atau mengunjungi bengkel kereta No1stickers.com miliknya yang terletak di Taman Cheng Bestari, Melaka.



Sumber berita & gambar : utusan online 16/04/09 (www.utusan.com.my)




IZZI ADVERTIZING----------------------------------

Monday, April 13, 2009

Jangan Tak Mandi....

MANDI? nampak sangat pada kita ia perkara yang tersangatlah basic dan remeh temeh. tapi remeh temah inilah selalu kita lupa. ada orang balik kerja, terlalu penat barangkali atau terlalu stress, terus menghumban diri ke katil untuk tidur. may be pada mereka mandi dah tak penting.

senang crita, mandi adalah sesuatu yang wajib bagi seseorang yg bergelar manusia. binatangpun reti mandi ooi... harus diingat juga, manusia wajib mandi, dan manji wajib pula wajib dilakukan jika berjunub. tak faham? adik2 bawah umur sila dapatkan bimbingan dari ibubapa yer.

ini aku kongsikan faedah2 mandi (mandi wajib tu kategori lain yer..)yang aku dapat dari sahabat aku si intan. ko forward kat aku sebab aku kurang mandi ke intan??

sebelum tu aku kongsikan sedikit gambar kawasan kolam air panas di bentong, pahang semasa aku ke situ dahulu. wqalaupun air panas dia dah tak berapa panas sekarang, tapi aku yakin masih ada khasiatnya lagi. kali terakhir aku pergi tu aku tak mandi sebab tak de orang, takut lemas beb. aku cuma rendam kaki je.

Nyamannya......






dah tengok gambar, sekarang kita layan renca ilmiah pulak. lepas jangan ada kes tak mau mandi atau liat nak mandi lagi. malulah kalau muca hensem atau lawa, tapi bau cam kambing gurun sebab tak mandi.


Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

1) Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

2) Ketegangan :
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

3) Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

4) Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

5) Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.






IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------


Saturday, April 11, 2009

Memancing di Pulau Ketam

Dihari cuti2 begini kekadang tu timbul gak gian nak memancing. biasalah kawasan aku di port klang ni memang kawasan org memancing. nak2 pulak area kawasan rumah aku tu adalah on the way gi memancing kat pelabuhan, ramai le orang jual pun-pun (umpun-umpun)sebagai umpan mengail.

dah lama gak aku berhenti memancing, mula2 malas nak start takut payah berenti. sekarang dalam keadaan wife berbadan 2, rasa malas start dululah. kawan2 dah ramai yg bising ajak. akupun bukan pro, takat amatur. baling pancingpun tak berapa betul lagi. takat hobi. tu lah pasal kalau nak mancing aku pegi mancing jauh2 sikit seperti kat pulau ketam.

rindu aku kat pulau ketam. dah banyak kali aku mancing kat situ. atas kawsan perternakan ikan sangkar. bukan dlm sangkar ye. mancingla dalam sangkar kalau nak kena humban dalam laut!

sebab aku tak leh berjauhan dengan anak2, biasanya kalau gi mancing pulau ketam, aku akan balik hari yg sama. awal2 lagi kami dah bersiap, dan naik bot (feri) pulau ketam paling awal. ni rupanya dalam feri pulau ketam.



perjalanan biasanya dalam satu jam lah paling lewat. tambang aku dah lupa sebab utk memancing bisanya kami collect rm50 sorang sebagai duit umpan, tambang feri, pekej memancing atas pelantar dan duit makan/minum. sebelum pegi kami dah book pakej awal2, dan biasanya mesti 4 orang pegi.

sampai jeti pulau ketam, wakil pelantar ikan akan jemput kami dengan bot. seronok dapat tengok paya2 bakau sambil burung mengikut bot. tenangnya dalam hati.



sampai di pelantar, kami daftar nama, buat bayaran dan diberi perlindungan insurans. nak buat apa lagi? bukalah gagjet2 memancing, tengok air utk pasang batu ladung. dan pilihlah port yg sesuai. kat sini biasanya orang taklah terlalu ramai. untuk orang yg amatur macam aku oklah. kalau ramai orang malu pulak kalau balik pancing tak pegi, atau joran tersangkut kat hidung orang kat tepi2. amaturlah katakan!



ikan apa ada kat sini? macam2 ada. ada kerapu, siakap, pari dan lain2. yg paling banya ialah gelama pisang. itulah yg selalu aku dapat. ha.3x. kerja aku agak stress, so inilah cara aku release tension.

umpan? umpun-umpun biasa kami beli rm5.00 je, pastu pakai kerang separuh masak. anak2 ikan ada gak pakai, tapi kami mintak je ngan wak yg cuci sangkar ikan tu. udangpun pakai gak, selalu inilah yg paling banyak mengena.

dalam jam 5pm kami pun baliklah. bot pelantar hantar ke jeti pulau ketam. then naik feri ke pelabuhan klang.




IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------

Monday, April 6, 2009

Majalah G3 memang Gempak



semenjak dua menjak ni, aku mula terpikat dan tak sabar menunggu setiap keluaran majalah kartun G3 keluaran karangkraf. actually, ini buku kedua keluaran G3 aku beli sejak perkenalan pertama dan belian sulung aku pada hari pesta buku karangkraf bukan march lepas.

dari membeli kerana diminta oleh anak pompuan aku yg berusia 2 thn lebih, kini aku pulak yg gilakan buku G3 ni. lebih aku suka ialah karya2 gayour yang memang aku suka sejak zaman dia kat gelihati dan ujang lagi.

tak rugilah beli majalah G3 ni.





IZZI ADVERTIZING------------------------------------------


Friday, March 27, 2009

Ulasan Amatur : Novel "Mantera Hitam' Karya Serunai Fakir



Novel : MANTERA HITAM
Penulis : SERUNAI FAKIR
Bil. Muka Surat : 410
Penerbit : ALAF 21 SDN BHD












Sinopsis :
Mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Nik, Tunku & Hizal yang menyeru roh orang mati melalui permainan 'sprit of the coins'. Permainan itu mengundang padah apabila nik diresapi roh jahat. 2 sahabat bertungkus-lumus berusaha membantu dengan bantuan beberapa orang bijak pandai. maka bermulalah pengembaraan & pengalaman menerobos ke alam mistik; terutama melibatkan alam jin.

setelah nik dipulihkan, keadaan bertambah getir kerana makhluk2 alam gelap tidak berpuas hati dan mengalah. bermulalah perjalanan & pertelingkahan antara alam manusia yang berkuasa ghaib dengan makhluk alam ghaib.

berjayakah 3 sahabat ini menghadapi makhluk2 alam ghaib yang mengerikan dan penuh kesaktian?

siapakah yang mampu membantu mereka dalam perjalanan tersebut?

kenapa wujud marcel, iaitu jin kafir portugis dalam cerita ini?

Bacalah sendiri untuk kesan yang ngerinya....


Ulasan :
1) aku sangat teruja dengan novel ini keana ideanya sangat 'fresh'.
2) penggunaan sub-tajuk menyenangkan kepala otak aku untuk memahami plot watak dan persekitarannya.
3) elemen2 silat, penggunaan istilah2 menjadikan ianya menarik.
4) wujud satu elemen nasihat sinis daripada penceritaan novel ini.
5) kesimpulannya; AKU SUKA BANGAT NOVEL INI.



IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

Thursday, March 12, 2009

Perkara Menghilangkan Kebahagian Di Hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. - derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cth nyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya


izzi note :
Terima kasih Rizal atas kiriman email ini.

Monday, March 9, 2009

Ulasan Amatur : Novel "Horizon Cinta" karya Umi Azrini



Novel : HORIZON CINTA
Penulis : UMI AZRINI
Bil M/Surat : 482
Penerbit : ALAF 21 SDN BHD

Sinopsis :
Novel ini mengisahkan Zariz (E-zo / Parut Petir)yang menutup pintu cintanya akibat dikhianati cinta kekasihnya, Naiima. Zariz sekadar membiarkan hatinya terubat sendiri dengan kesibukan tugasnya sebagai pegawai sebuah kapal dagang.

namun, hati & ketenangannya terganggu dengan kehadiran zara (jennifer mcLaren Lee)iaitu adik kapten kapalnya yg turut sama belayar bersama2 mereka. dendam zara terhadap zariz yg bermula sebelum mereka ditemukan didalam kapal tersebut emmbuatkan zara tidak henti2 mengenakan zariz, apatah lagi menggunakan kuasa abangnya. dengan kehadiran si jelita zara di atas kapal, zariz dibenci oleh beberapa pegawai atasnya yg cuba memikat zara. kebencian zariz terhadap zara bertambah kuat.

beberapa kejadian diatas kapal melibatkan mereka berdua membuahkan bibit sayang antara mereka. kasih sayang itu terus bercambah selepas pelayaran berakhir. dikesempatan cuti pelayaran selalu diambil zariz untuk mendekati zara. namun kewujudan semual naiima yg merupakan downline direct selling zara yg rapat sering merobek cinta zara dan zariz.

adakah kasih zara dan zariz terlerai dengan kewujudan naiima?

adakah zara mempu memujuk abangnya untuk memeluk agama Islam?

adakah mereka berjaya disatukan?

takkan nak tau free je, bacalah sendiri kisah selanjutnya dalam novel HORIZON CINTA.


Ulasan :
1) secara umumnya, plot ceritanya dalam mnarik dan bukan streotype.

2) penulis mengambil inisiatif yg tinggi untuk mendalami istilah2 perkapalan dan kelihatan cuba memahamkan pembaca tentang situasi dalam kapal. ia adalah baik walaupun aku tidak menyenangi kewujudan terlalu banyak istilah tersebut.

3) imiginasi penulis berkaitan pelayaran dan suasana diatas kapal aku suka, apatah lagi penulis berjaya menjiwai kehidupan anak2 kapal semasa bekerja dan semasa santai.

4) dlm banyak2 plot, aku cuma kureng selesa dgn adegan kebakaran di kawasan dapur kapal. zara yg terperangkap dlm stor dapur yg terbakar dan berasap tebal sempat lagi bertelingkah cakap dengan zariz. macam tak realistik la plot tu. adegan saspen & cemas tidak dapat aku hayati.

5) aku masih keliru kalau2 ia bersifat gambaran sebenar atau imiginatif penulis. minda aku cuba menyelami ia berlaku atas kapal dagang, tetapi adakah penumpang/tetau dibenarkan ikut serta. boleh meniaga direct selling lagi.... tapi aku faham, dalam novel, kita boleh reka apa saja cerita. he.3x.

6) aku tertunggu2 suatu penerangan berkaitan misteri kewujudan 'parut petir' pada dahi zariz. penulis berjaya membuatnya terus misteri. nak ada sambungan lagi kot!



izzi note :
kepada sesiapa nak mengenali penulis ini dengan lebih dekat, jelajahlah blog beliau di umi azrini (http://www.umi-azrini.blogspot.com)



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------